Interflour Malaysia
Resipi
Resipi > Prestasi Flour Mill (M) > Makanan Ringan > Pau Kukus
Pau Kukus
Bahan :
TEPUNG PAU BAKERS'CHOICE 500 gm
Air 240-250 gm
Yis segera 8 gm
Gula 50 gm
Shortening / Majerin 50gm
Serbuk penaik 8 gm
Inti Pau - mengikut pilihan
Cara-Cara :
- Campurkan TEPUNG PAU BAKERS'CHOICE, yis segera, gula dan serbuk penaik dalam mangkuk adunan.
- Tuangkan air ke dalam adunan dan gaul dengan kelajaun rendah.
- Masukkan shortening, gaul seketika, kemudian teruskan gaulan dengan kelajuan tinggi sehingga permukaan doh licin.
- Keluarkan doh dan rehat lebih kurang 15 minit di atas meja.
- Leperkan doh dan gulungkan sehingga menjadi bentuk silinder.
- Bahagikan doh dengan kelebaran 3-5 cm, ataupun 60 gm. Bulatkan doh dan letak di atas kertas untuk jadikan mantou ataupun leperkan doh dan balut dengan inti untuk jadikan pau.
- Biarkan doh mengembang selama 30-45 minit.
- Kukus selama 15 minit.